Monday, February 3, 2014

Apa yang diperolehi dalam Tune Talk selama 3 tahun

Salam sejahtera semua, ini cerita super upline saya saudara Mazelan Abas untuk motivasi semua. Selamat membaca.

Pada bulan July 2013, cukup 3 tahun pembabitan saya di dalam perniagaan Tune Talk / Tone Excel. Dari satu peringkat ke satu peringkat target yang saya letakkan didalam perniagaan ini, ada yang dapat dan ada yang tak dapat, tetapi kalau tak dapat sepenuhnya pun ia tetap dapat walau pun sebahagian.

Kesimpulannya, apa yang saya dapat dalam 3 tahun ini dengan bermodalkan RM80, saya mendapat pencen bulanan melebihi RM30,000 setiap bulan, saya dapat beli kereta buruk BMW dengan harga tunai.

Dan apakah target seterusnya didalam perniagaan tunetalk toneexcel ini. Saya letak target untuk dapatkan pencen setiap bulan RM50,000.00. Dapat ke tidak, saya tak tahu, yang saya tahu, saya hanya perlu berusaha kearah itu. InsyaAllah, kalau umur panjang, tahun ke-4 nanti iaitu bulan July 2014, saya akan buat laporan seperti ini.

Jika anda tanya saya, seronok ke dapat pencen lebih RM30,000 tiap2 bulan, jawapannya, sangat seronok. Tiap2 bulan saya boleh menyimpan RM10,000 ke RM15,000 dan selebihnya saya buatlah apa sahaja perkara yang saya suka. Kerana bila duit tu habis, nanti 21hb ToneExcel akan masukkan lagi, sebanyak itu, malah mungkin lebih lagi. Inilah kehidupan tak perlu bekerja tapi duit masuk tiap-tiap bulan.


Wednesday, January 22, 2014

Masih lagi saya ada menerima pertanyaan mengenai cara pemberian bonus dalam TuneTalk/ToneExcel ini, disini saya terangkan lagi cara pemberian bonus tersebut:

1. Bonus Fast track,

Dimana jika anda sponsor seorang sebagai direct sponsor, maksudnya anda sendiri yang taja, anda akan mendapat RM20 seorang.

Jika anda menaja dari 1-15hb, bonus fast track akan dibayar pada hujung bulan +- 2hari.
Jika anda menaja dari 16-31hb, bonus fast track akan dibayar pada 11hb, +- 2hari.

Setiap kemasukkan akan ditolak RM3.

2. Bonus Topup.

Bonus topup 3 level, 6, 3, 11% tersebut akan dibayar setiap 21hb bagi bonus bulan sebelumnya, dan bonus tersebut mestilah lebih besar daripada RM30, jika tidak ia akan dibawa kebulan hadapan.

Untuk anda lebih faham cuba lihat video ini dahulu:

Semoga dengan penerangan ini, mudah untuk faham cara ToneExcel membayar komisyen kepada kita.

Sekian, Terima kasih.

Razak
018-9587748

Wednesday, January 15, 2014

Komisyen Topup Kita Naik Lagi

Selamat sejahtera semua, semoga sentiasa sihat adanya?

Mulai 1hb May 2013, ToneExcel dengan bermurah hati telah meningkatkan komisyen kita. Ini bermakna ia merupakan bonus kepada kita yang setiap mengembangkan perniagaan ini. Terima Kasih kepada ToneExcel.


Komisyen topup yang kita terima sekarang adalah:


Jika kita topup dari RM20-RM79, maka komisyen topup kita adalah


L1 6%

L2 3%
L3 11%

Jika kita topup dari RM80 keatas, komisyen topup kita adalah


L1 8%

L2 3%
L3 13%

Bermula dari 1/5/13, jika kita topup dari RM20-RM59, komisyen topup masih sama, iaitu


L1 6%

L2 3%
L3 11%

tetapi jika topup dari RM60 dan keatas, maka komisyen topup kita adalah


L1 10%

L2 3%
L3 13%

tambahan 2% di Level 1, dan had kelayakkan dikurangkan dari RM80 kepada RM60.


Semoga dengan berita ini, akan meningkatkan semangat kita untuk  terus berusaha dan membina empayar kita sendiri.


Sekian, Terima Kasih.


Razak

018-9587748

_____________________________________________________________

1) Jika anda belum lagi menyertai program ini dan berminat untuk mendapatkan hasil sepenuhnya dari handphone anda, sila hubungi rakan2 yang telah mempromosikannya kepada anda atau baca lanjut di blog saya.

Wednesday, January 8, 2014

Semua Orang Bercakap Semua Orang Buat Duit

Salam sejahtera semua, semoga sentiasa gembira disamping keluarga.

Dalam posting yang lalu saya menyarankan supaya anda cuba babitkan diri didalam bisnes telekomunikasi. Seperti apa yang saya buat sekarang ini, saya mendekati bisnes telekomunikasi TuneTalk di Malaysia ini. Program-tune-talk ini merupakan bisnes yang untungnya hanya sedikit, saya sering katakan, bisnes untung sepuluh sen dua puluh sen. Tak banyak. Ada juga rakan-rakan yang saya ajak menyertai perniagaan ini, mereka kata tak mau lah, modalnya kecil, untung pun sikit sangat. Saya dah biasa dengan bisnes modal besar, untung pun besar.

Bagi saya, lebih baik bisnes yang modalnya kecil, resikonya pun kecil, kalau kena gayanya, untungnya besar juga.

Cuba lihat berapakah komisyen yang super upline saya perolehi setiap 21hb bulan dan dimasukkan terus kedalam akaun Maybank beliau dari TuneTalk ini dengan modal permulaan sebanyak RM80 sahaja. Bermula dari July 2010.

Month    RM
Jul-10    RM 59.30
Aug-10    RM 532.06
Sep-10    RM 1,293.03
Oct-10    RM 1,823.65
Nov-10    RM 2,675.12
Dec-10    RM 3,415.11
Jan-11    RM 3,716.73
Feb-11    RM 3,769.37
Mar-11    RM 3,971.57
Apr-11    RM 3,705.24
May-11    RM 4,127.73
Jun-11    RM 3,613.97
Jul-11    RM 3,912.87
Aug-11    RM 3,957.29
Sep-11    RM 3,825.21
Oct-11    RM 4,102.54
Nov-11    RM 4,334.57
Dec-11    RM 4,542.38
Jan-12    RM 5,237.25
Feb-12    RM 5,435.57
Mar-12    RM 6,486.23
Apr-12    RM 6,842.02
May-12    RM 9,657.42
Jun-12    RM 11,741.73
Jul-12    RM 13,384.83

Beliau menaja orang lain secara aktif dan bersungguh sungguh sehingga July 2012, kerana bulan itulah genap 2 tahun beliau mempromosikan TuneTalk/Toneexcel ini. Selepas itu, beliau duduk  je, sebab beliau rasa dah cukuplah duduk rumah, rehat-rehat dapat lebih RM10,000 tiap-tiap bulan, boleh pergi memancing selalu. Tetapi, apa yang beliau teka sangat jauh tersasar, cuba anda lihat komisyen yang beliau perolehi selepas dari tarikh tersebut...ia semakin berkembang.

Aug-12    RM 14,625.60
Sep-12    RM 15,190.66
Oct-12    RM 16,707.48
Nov-12    RM 17,324.56
Dec-12    RM 18,784.73
Jan-13    RM 20,573.28
Feb-13    RM 21,852.49
Mar-13    RM 24,895.34
Apr-13    RM 33,201.43
May-13    RM 32,864.92

Komisyen pertama lebih kurang RM60, selepas itu dia ada naik dan ada turun, tetapi arah tuju komisyen tetap kearah menaik. Komisyen ini tetap akan beliau perolehi kerana setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan, orang sentiasa topup handphone mereka. 

Tetapi jangan lupa di Malaysia ini sahaja, seorang peniaga mula membuat perniagaan telekomunikasi, untung sepuluh sen dua puloh sen sahaja, mampu mengaut keuntungan berbillion ringgit melalui kompany bernama Maxis Communications Berhad. Orang itu adalah Tatparanandam Ananda Krishnan. Orang kedua terkaya di Asia Tenggara di belakang Robert Kuok dan yang ke 82 terkaya di dunia dengan jumlah kekayaan bernilai US$11.7 billion. Sumber dari Forbes.

Salah seorang orang terkaya di Thailand, mengendalikan perniagaan telekomunikasi, Advanced Info Service PCL dan ketika ini memiliki 31 juta pengguna AIS. Orang tersebut adalah Thaksin Shinawatra, bekas perdana menteri Thailand.

Cuba anda lihat website ini http://www.forbes.com/billionaires/list/Cuba anda lihat siapakan orang nombor satu terkaya didunia, nama dia Carlos Slim Helu. Kalah Bill Gate, Ortega dan Warrant bufett. Apakah perniagaan Carlos Slim Helu, telekomunikasi dengan nama América Móvil. Bisnes untung sepuluh sen dua puloh sen sahaja.

Jika anda ada masa, juga cari di internet nama-nama billionair dalam bisnes telekomunikasi, Mike Adenuga, Suni Mittal, Vladimir Yevtushenkov, Denis O'Brien, Najib Mikati, Taha Mikati, Naquib Sawiris, Richard Li, Craig McCaw, Murat Vargi, Mehmet Emin Karamehmet, Gleb Fetisov, Jan Kulczyk, Kenny Troutt dan ramai lagi.

Sebab itu saya sangat menggalakkan anda untuk membabitkan diri didalam bisnes telekumunikasi ini, dan saya amat yakin, dalam masa 5 tahun lagi, TuneTalk/ToneExcel akan menghasilkan beberapa orang jutawan di Malaysia ini yang mempunyai pendapatan ratusan ribu ringgit setiap bulan, dan tidak mustahil, pendapatan mencecah jutaan ringgit setiap bulan.

Soalannya, siapakah dia, mungkin anda dan mungkin juga saya.

Terima Kasih
Razak
018-9587748

Tuesday, January 7, 2014

Buat Betul-Betul

Salam sejahtera semua, apa khabar hari ini?

Makin hari toneexcel makin dewasa, toneexcel semakin matang dan toneexcel semakin kukuh. ToneExcel telah menghasilkan ramai daripada kita yang mempunyai pendapatan beribu ringgit setiap bulan. Ia bukan satu rahsia lagi. Malah saya pernah mendengar seorang top gun berkata, tidak mustahil suatu hari nanti ToneExcel akan menjadi peneraju utama dalam bidang telekominukasi di Malaysia ini. Saya harap apa yang dia ucapkan akan menjadi kenyataan tak lama lagi. Syukur pada Tuhan.

Saya sekarang pun, walau pun kurang menaja, pendapatan tetap naik setiap bulan, dan saya sering, apabila berjumpa saudara mara atau rakan-rakan, saya hanya beritahu mereka, jika ingin dapat pendapatan untuk tambah2 duit gaji, buatlah bisnes tunetalk/toneexcel, tapi kalau gaji dah cukup, tiada masalah kewangan lagi, tak perlulah buat bisnes ini.

Tapi ada juga rakan2 yang apabila saya kata buatlah bisnes ni betul-betul selama 2 tahun, lepas tu lihat sendiri hasilnya dan beritahu kemudian samada nasihat tu betul atau tidak, mereka tanya saya balik, macamana "buat betul-betul tu", apa yang perlu saya buat? bagus juga soalan tu.

Disini saya boleh cadangkan bagaimana cara "buat betul-betul" pada pandangan saya.

1. Ambil sehelai kerta kosong, tuliskan nama dan no phone SEMUA saudara mara, sahabat handai, kawan2 yang kenal sikit2, jiran-jiran, rakan sekerja, rakan sekolah, rakan sepermainan, siapa sahaja yang ada kenal, tak kira dia jawatan besar ke, jawatan kecil ke, senaraikan sahaja dalam kertas anda tadi.

2. Cuba call mereka dan buat temu janji, dekat rumah dia ke, dekat kedai kopi ke, dekat rumah anda ke, tak kira, asalkan dapat buat temu janji untuk anda tawarkan satu peluang perniagaan yang sangat-sangat besar.

3. Bila dah dapat buat temu janji, pastikan sebelum anda keluar tu, mesti ada beberapa keping simkad ToneExcel didalam poket. Apabila anda berjumpa mereka, keluarkan sekeping kertas kosong, terangkan dengan penuh semngat kelebihan menggunakan simkad toneExcel, seperti insuran, point tiket kapal tebang dan terakhir peluang menjana pendapatan sampingan diatas kertas tersebut.

4. Jika mereka berminat, minta terus RM80, berikan simkad dan ajarkan mereka cara SMS menggunakan Handphone mereka sendiri, biarkan mereka terasa senang untuk menjalankan bisnes ini.

5. Bila dah selesai dan anda ingin pulang, jangan lupa tinggalkan kertas yang anda gunakan untuk penerangan tadi kepada rakan anda tersebut, dan pastikan pada kertas itu ada tertulis no ID anda dan no handphone anda.

Jika anda boleh buat satu appointment setiap malam, buatlah macam ini selama 2 tahun, insyaAllah, hasilnya saya pasti anda sendiri tidak terjangkau untuk difikirkan. Bagi saya itulah maksud "buatlah bisnes ini betul-betul selama 2 tahun".

Semoga ia boleh jadi panduan kepada sesiapa yang ingin mencapai kebebasan kewangan didalam kehidupan mereka.

Saya yakin, anda boleh berjaya dalam bisnes ini.

Terima kasih kembali.

Razak
018-9587748

Sunday, January 5, 2014

Peluang Perniagaan TuneTalk-ToneExcel

Terima kasih kerana melawat Blog Jutawan-Tune-Talk

Disini saya ingin memberikan satu peluang perniagaan sampingan kepada anda dimana ia merupakan satu peluang yang jarang-jarang sekali timbul dinegara kita.

TuneTalk-ToneExcel Referal program merupakan satu peluang yang amat hebat kerana:

1. Service provider yang diberikan adalah Tunetalk yang terkenal kerana ia dikendalikan oleh TuneGroup yang mengandungi AirAsia, TuneHotel, TuneMoney dan TuneTalk sendiri.

2. Produk yang diketengahkan oleh ToneExcel ini adalah prepaid dimana kita tahu ia merupakan produk keperluan rakyat negara kita. Boleh dikatakan 80% daripada penduduk di Malaysia menggunakan handphone dan mereka adalah bakal pelanggan kita.

3. Mudahnya program ini adalah tugas kita hanyalah mengedarkan simkad prepaid Tunetalk-ToneExcel kepada sahabat, rakan, saudara mara yang menggunakan hand phone. Apabila mereka topup maka kita akan mendapat hasil dari topup mereka.

4. Yang menjadi kelebihannya adalah mereka top up bukan dengan kita, mereka boleh topup dimana sahaja, seperti di 7Eleven, kedai2 topup, stesyen minyak, maybank2u, cimbclik dll.

5. Modal kita bukan banyak, beli simkad tersebut sebanyak RM80, dapat kredit RM30, register didalam program ini, dan dah boleh mulakan perniagaan ini.

6. Dapat jual pada seorang pun dah kira ada income, kalau kawan kita tu gunakan simkad tersebut seumur hidup, maka seumur hiduplah kita dapat komisyen dari ToneExcel dan komisyen tersebut akan dimasukkan kedalam bank kita.

7. Kalaulah masa kawan kita tu top up di 7Eleven lah katakan, dan ketika itu kita sedang tidur, naaah, ini yang dikatakan tidur pun dapat duit.

8. Kalau kita tak buat pun, memang kita pakai handphone, duit habis jugak, daripada pakai handphone tak dapat duit lebih baik pakai handphone dapat duit. Cuba fikirkan berapa ramai ahli keluarga kita yang pakai handphone, rakan karib kita yang pakai handphone, rakan sekerja pakai handphone, berapa pula duit yang mereka keluarkan setiap bulan hanya untuk beli prepaid atau bayar bil taliphone, kesemua mereka ini merupakan bakal pelanggan anda.

9. Ada bantuan pulak lagi, jika anda ingin sebarkan program ini untuk cari downline secara online, boleh dapatkan website percuma dari kami. Free pulak tu.

10. Program ini masih baru, baru dilancarkan pada 5/8/2010 di Hotel Sunway, Petaling Jaya, anda berpeluang menjadi antara orang2 yang awal, jangan tunggu sehingga sudah berjuta pengguna menyertai program ini, baru kita ingin sertainya, dikuatiri agak terlambat.

Luangkan masa untuk melihat page ini, fahami dan berkenalan dengan produk telekominikasi terlebih dahulu.

Terima kasih
Razak
018-9587748

Wednesday, January 1, 2014

Soalan Lazim Bhg.2

Berikut adalah soalan2 yang lazim ditanya dalam biz tune talk tone excel bahagian 2.

SOALAN: Saya tidak pandai komputer, tiada laptop, tiada broadband, boleh kah saya jalankan perniagaan ini?
Sangat boleh, kerana kita menjalankan perniagaan ini tidak memerlukan komputer atau internet langsung, 100% menggunakan cara SMS.

SOALAN: Saya pergi ke kedai saya dapati mereka jual simkad pada harga RM5 sahaja, bukannya RM80?
Tunetalk mempunyai 2 jenis simkad, satu simkad tunetalk yang biasa harganya RM 5 sekeping dan call ratenya 15 sen seminit dan 5 sen SMS, dan simkad ini tiada referral program, kalau kita promote pada orang lain simkad ini tiada komisyen.
Manakala kedua adalah Simkad Tunetalk-ToneExcel, yang ini harganya sekeping RM80 dan calling ratenya 32 sen seminit dan 15 sen SMS tetapi ada referral program, kalau promote pada orang lain dapat komisyen.
Dan simkad ini tiada dijual dikedai-kedai talipon, hanya boleh didapati daripada main office di Sri Petaling atau mana-mana service centre yang dilantik oleh Toneexcel. Tetapi kedua2 jenis simkad ini, kalau nak top up dikedai, hanya minta top up tunetalk sahaja.

SOALAN: Orang kata call rate tunetalk-toneexcel ni mahal, sampai 32 sen panggilan seminit?
Sudahkah anda lihat call rate dari Digi ke telco yang lain. Maxis ke telco yang lain. Kesemua panggilan itu lebih mahal dari 32sen seminit, ada yang 33 sen ada 35 sen dan ada yang 36 sen. Jadi tunetalk-toneexcel adalah yg paling murah.
Lagi satu kalau lah saudara kita memang pakai phone, dan selama ini pun masih bayar prepaid atau pun bil, mereka hanya bagi orang lain lebih kaya, kenapa tak kali ini bagi anda yang kaya, walau pun kaya sikit-sikit, lama-lama kaya tu jadi bukit. Kalau tak masuk program ni pun mereka tetap pakai handphone juga.

SOALAN: Bolehkah orang dari luar negara yang tinggal di Malaysia untuk menyertai program ini?
Boleh, hanya gunakan no passport mereka, dan lebih mudah jika mereka sudah pun memiliki bank account di Malaysia.

SOALAN: Boleh saya mengekalkan nombor lama, tetapi nombor lama itu adalah nombor line atau postpaid dari telco yang lain?
Boleh, mereka kena selesaikan bil-bil tertunggak dahulu dan selepas itu buat port in macam biasa .

SOALAN: Saya baru sertai toneexcel ini, macamana nak check baki dengan simkad tunetalk ni ya?
Tak mengapa, baru pun asal rajin bertanya, saya akan usaha untuk menjawabnya. Dibawah ini saya senaraikan beberapa perkara asas untuk diketahui dalam penggunaan simkad tunetalk/toneexcel ini.

* Untuk top up adalah *122*<16digits># dan Call
* Untuk check baki *133# dan call
* Untuk berkongsi kredit: *111# dan pilih no.3 (Kredit)

Untuk tambah nilai kredit, pergi ke kedai-kedai yang menjual topup, seperti kedai-kedai biasa, 7Eleven, Stesen minyak, dan beli topup TuneTalk, jangan minta topup ToneExcel, mereka tidak akan tahu.
Anda juga boleh topup kredit airtime anda melalui maybank2u, cimb click dan kebanyakkan online banking.
Untuk mendapatkan Tune Buddies 10 nombor (Tune Buddies adalah rate istimewa dari ToneExcel dimana calling rate adalah 26 sen dan SMS 15 sen) *111# – Pilih Option 4 – Services, kemudian Option 3, Favourite 8.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...