Showing posts with label Soalan Lazim. Show all posts
Showing posts with label Soalan Lazim. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014

Soalan Lazim Bhg.2

Berikut adalah soalan2 yang lazim ditanya dalam biz tune talk tone excel bahagian 2.

SOALAN: Saya tidak pandai komputer, tiada laptop, tiada broadband, boleh kah saya jalankan perniagaan ini?
Sangat boleh, kerana kita menjalankan perniagaan ini tidak memerlukan komputer atau internet langsung, 100% menggunakan cara SMS.

SOALAN: Saya pergi ke kedai saya dapati mereka jual simkad pada harga RM5 sahaja, bukannya RM80?
Tunetalk mempunyai 2 jenis simkad, satu simkad tunetalk yang biasa harganya RM 5 sekeping dan call ratenya 15 sen seminit dan 5 sen SMS, dan simkad ini tiada referral program, kalau kita promote pada orang lain simkad ini tiada komisyen.
Manakala kedua adalah Simkad Tunetalk-ToneExcel, yang ini harganya sekeping RM80 dan calling ratenya 32 sen seminit dan 15 sen SMS tetapi ada referral program, kalau promote pada orang lain dapat komisyen.
Dan simkad ini tiada dijual dikedai-kedai talipon, hanya boleh didapati daripada main office di Sri Petaling atau mana-mana service centre yang dilantik oleh Toneexcel. Tetapi kedua2 jenis simkad ini, kalau nak top up dikedai, hanya minta top up tunetalk sahaja.

SOALAN: Orang kata call rate tunetalk-toneexcel ni mahal, sampai 32 sen panggilan seminit?
Sudahkah anda lihat call rate dari Digi ke telco yang lain. Maxis ke telco yang lain. Kesemua panggilan itu lebih mahal dari 32sen seminit, ada yang 33 sen ada 35 sen dan ada yang 36 sen. Jadi tunetalk-toneexcel adalah yg paling murah.
Lagi satu kalau lah saudara kita memang pakai phone, dan selama ini pun masih bayar prepaid atau pun bil, mereka hanya bagi orang lain lebih kaya, kenapa tak kali ini bagi anda yang kaya, walau pun kaya sikit-sikit, lama-lama kaya tu jadi bukit. Kalau tak masuk program ni pun mereka tetap pakai handphone juga.

SOALAN: Bolehkah orang dari luar negara yang tinggal di Malaysia untuk menyertai program ini?
Boleh, hanya gunakan no passport mereka, dan lebih mudah jika mereka sudah pun memiliki bank account di Malaysia.

SOALAN: Boleh saya mengekalkan nombor lama, tetapi nombor lama itu adalah nombor line atau postpaid dari telco yang lain?
Boleh, mereka kena selesaikan bil-bil tertunggak dahulu dan selepas itu buat port in macam biasa .

SOALAN: Saya baru sertai toneexcel ini, macamana nak check baki dengan simkad tunetalk ni ya?
Tak mengapa, baru pun asal rajin bertanya, saya akan usaha untuk menjawabnya. Dibawah ini saya senaraikan beberapa perkara asas untuk diketahui dalam penggunaan simkad tunetalk/toneexcel ini.

* Untuk top up adalah *122*<16digits># dan Call
* Untuk check baki *133# dan call
* Untuk berkongsi kredit: *111# dan pilih no.3 (Kredit)

Untuk tambah nilai kredit, pergi ke kedai-kedai yang menjual topup, seperti kedai-kedai biasa, 7Eleven, Stesen minyak, dan beli topup TuneTalk, jangan minta topup ToneExcel, mereka tidak akan tahu.
Anda juga boleh topup kredit airtime anda melalui maybank2u, cimb click dan kebanyakkan online banking.
Untuk mendapatkan Tune Buddies 10 nombor (Tune Buddies adalah rate istimewa dari ToneExcel dimana calling rate adalah 26 sen dan SMS 15 sen) *111# – Pilih Option 4 – Services, kemudian Option 3, Favourite 8.

Tuesday, December 17, 2013

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang sering ditanya berkaitan bisnes prepaid Tunetalk ToneExcel ini. Bacalah dan fahami untuk rujukan anda.

SOALAN: Apa sebenarnya bisnes prepaid TuneTalk ToneExcel ni?
Sebenarnya bisnes ni hanya perlukan kita tukar pelan prepaid kita sahaja. Kalau dulu kita pakai talian lain, sekarang ni kita tukar kepada pelan TuneTalk ToneExcel sahaja. Dan kita akan dapat banyak kelebihan-kelebihan menguntungkan yang tiada di tempat lain. Lagipun kita masih boleh kekalkan nombor lama kita. Jadi tiada masalah untuk kawan-kawan kita hubungi kita walaupun kita sudah bertukar pelan. Kemudian kita hanya perlu perkenalkan kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk menggunakan SIMKAD Tune Talk Tone Excel ini.

Kita akan dibayar RM20 untuk setiap seorang yang sertai kita dan yang paling menguntungkan bila guna SIMKAD Tunetalk ToneExcel ialah komisen yang akan kita terima setiap kali mereka topup. Komisen ini akan jadi pendapatan pasif kita. Kita akan dibayar antara 6% – 10% dari setiap nilai topup mereka. Tak kisah mereka beli topup dimana-mana pun, bila-bila masa. Kalau 10 tahun mereka guna handphone & Top Up setiap bulan maka selama itulah kita akan dibayar sehinggakan sampai 3 Level. Pada pendapat saya, inilah bisnis yang paling mudah sekali.

Tahukah anda bahawa pada 9 Mei 2013 jumlah keahlian adalah dalam linkungan 134,000 ahli sahaja & terkini (iaitu setakat 30 Nov 2013), jumlah Keahlian Tunetalk ToneExcel sudah melebihi 196,734 ahli! Penambahan melebihi 62,000 orang seluruh Malaysia dalam masa 6 bulan sahaja dengan purata hampir 344 orang sehari! Satu jumlah yang sangat memberangsangkan kerana ramai sudah menyedari kebaikan yang diberikan oleh program ini.

SOALAN: Berapa modal untuk sertai program Tunetalk-ToneExcel ini?
Modal yang perlu anda keluarkan hanyalah serendah RM80 untuk mendapatkan sekeping kad sim Tunetalk ToneExcel. Mungkin ada caj penghantaran sebanyak RM5 – RM10 untuk kos penghantaran dan pengurusan. Kad sim ini sudah sedia mengandungi kredit/air time  bernilai RM30 dan kredit sah selama 50 hari. Anda boleh gunakan kad sim ini untuk buat call, sms dan surf internet.

SOALAN: Apakah service provider yang digunakan?
Toneexcel menggunakan service provider TuneTalk, dan tunetalk menggunakan prasarana Celcom. Di mana ada coverage celcom, anda juga takkan ada masalah untuk line Tunetalk.

SOALAN: Berapakah charge panggilan dan sms yang dikenakan?
Caj panggilan untuk tunetalk toneExcel ialah 32sen untuk 2minit pertama & 26sen untuk minit-minit seterusnya ke semua talian telefon bimbit dan talian tetapi. Caj sms ialah 13sen/ sms ke semua talian. Ada juga program Tune Buddies di mana anda boleh pilih 10 nombor rakan atau saudara anda nanti dimana caj panggilan kepada semua 10 nombor ini cuma 26sen bermula dari minit pertama & seterusnya.

SOALAN: Dimanakah boleh top-up prepaid ini?
Anda boleh top-up prepaid tunetalk di seluruh Malaysia (termasuk Sabah/Sarawak), seluruh stesen minyak yang menggunakan e-pay, sebahagian besar kedai yang menjual prepaid, maybank2u, cimbclick, dan banyak lagi. Anda hanya perlu maklumkan nak beli topup Tunetalk.

SOALAN: Apakah kelebihan lain jika saya menggunakan prepaid Tunetalk-ToneExcel ini?
Anda boleh mengekalkan nombor lama, anda diberi insurance kemalangan sebanyak RM100,000, menaiki kapal terbang AisAsia secara PERCUMA (mengikut syarat yang ditetapkan), point tersebut juga boleh ditukarkan kepada 200 minit calltime  atau membeli pelbagai keni handphone dan juga peluang untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

SOALAN: Bagaimanakah marketing plan untuk perniagaan ini?
Setiap kali kita sponsor rakan, kita diberikan RM20 sebagai fast track bonus, dan juga kita dibayar komisyen sebanyak 6% untuk Level 1 yang topup, 3% untuk Level 2 yang topup dan 11% untuk Level 3 yang topup. Boleh baca lanjut dalam blog saya ini.

SOALAN: Bagaimanakah ToneExcel membayar komisyen kepada saya?
Untuk bonus fast track, jika kita sponsor dari 1-15 hb, duit bonus akan dibank in dalam akaun anda pada hujung bulan, jika kita sponsor rakan dari 16-31 hb, bonus akan dimasukkan kedalam bank anda pada 11 hb depan. Untuk komisyen topup akan dibayar pada 21 hb depan asalkan ianya lebih RM30, jika kurang, ia akan dibawa untuk bulan hadapan.

SOALAN: Apa kelayakkan untuk menerima komisyen?
Anda dikehendaki top up paling sedikit RM20 dalam sebulan, dan juga jumlah terkumpul komisyen anda melebihi RM30. Kalau komisyen anda kurang dari RM30, ia akan dibawa ke bulan berikutnya .

SOALAN: Adakah saya kena top-up minima RM20 tersebut sekali gus atau boleh sedikit-sedikit?
Kedua-duanya boleh, sekali gus pun boleh sedikit-sedikit pun boleh, asalkan jumlahnya paling kurang RM20 dalam tempoh sebulan.

SOALAN: Apa jadi pada bulan tersebut jika saya top-up jumlahnya tak sampai RM20?
Sekiranya anda sudah ada downline, dan bulan tersebut anda sudah ada komisyen, maka anda tidak akan mendapat komisyen pada bulan itu sahaja, bulan-bulan lain tetap dapat jika topup lebih RM20.

SOALAN: Dimanakah nak dapatkan SIMKAD ini?
Anda boleh dapatkan kad sim dengan merujuk disini.

SOALAN: Bagaimana dengan signal Tunetalk ini?
Disebabkan mereka juga menggunakan prasarana Celcom, maka jika dikawasan anda itu, line celcom baik, maka line tunetalk juga baik.

SOALAN: Bagaimana untuk menyertai perniagaan ini?
Anda perlu mendapatkan SIMKAD Tunetalk ToneExcel terlebih dahulu, aktikan SIMKAD tersebut dan daftar didalam perniagaan ini. Ikuti Langkah demi langkah disini.

SOALAN: Bagaimana jika saya ingin mengekalkan nombor lama.
Untuk kekalkan nombor lama, boleh baca lanjut di blog saya ini.

SOALAN: Setelah saya menyertai perniagaan ini, apa yang perlu saya lakukan?
Jadikan kesemua ahli keluarga anda yang terdekat, seperti ibu/bapa, suami/isteri anak-anak, adik beradik, saudara mara yang terdekat, pekerja anda, atau sesiapa yang menggunakan hp prepaid, dan juga sebelum ini mereka membayar bil/prepaid talipon melebihi RM20, maka suruh mereka menggunakan talian tunetalk ini.

Kalau dulu anak-anak kita menggunakan talian XXX Company, kalau mereka topup (kadang2 kita juga yang bagi duit top-up), Company XXX bertambah kaya, kali ini jika mereka menggunakan talian tunetalk dalam WoW Program ToneExcel, mereka topup, kita pun dapat sedikit hasil.

Selepas itu barulah promote kepada orang lain, seperti rakan sekerja, sahabat-sahabat sepermainan, sambil main golf, main tenis, main gasing, main badminton, main sepaktakraw, main snooker, jogging, sambil mancing, sambil sembang di kedai mamak, cerita kan peluang ini dan ajak mereka sekali.

Terangkan yang ini bukan MLM, tapi guna handphone macam biasa dan dapat upah jika ceritakan pada orang lain.

SOALAN:Bagaimana cara saya ingin menaja orang lain?
Ada banyak cara untuk promosikannya samaada secara online mahupun offline. Anda akan mempromosikan web replika percuma anda dari bisnesprepaid.com atau toneexcel.biz secara online mahupun offline.

SOALAN: Boleh terangkan lebih lanjut mengenai insurance Kemalangan ini?
Sila rujuk disini.

SOALAN: Bolehkah saya nak sponsor ahli keluarga saya tetapi pembayaran komisyen terus ke akaun bank saya?
Boleh. Apa yang perlu dilakukan adalah didalam member area mereka, dibahagian bank akaun info masukkan maklumat bank anda dan jangan lupa fax kan atau scan borang penyerahan komisyen ini ke 03-9054 0278.

Klik disini untuk mendapatkan borang tersebut. (fail pdf)

Apabila membuat penghantaran, sila followup dengan ToneExcel samada mereka menerimanya atau tidak, call 0105000969. Gagalnya anda melakukan sedemikian menyebabkan komisyen anda akan tertangguh.

SOALAN: Saya telah menggunakan simkad tunetalk biasa yang berharga RM5 dikedai, bolehkah saya ingin mengekalkan no tunetalk ini kepada SIMKAD Tunetalk-ToneExcel saya yang baru?
Boleh. Baca lanjut dalam blog saya ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...