Sunday, December 29, 2013

Anda Boleh Mengekalkan No Lama Jika Mahu

Sebagai pengguna talian TuneTalk ini, anda juga boleh membuat pilihan, samada ingin menggunakan no yang diberikan oleh TuneTalk, yang biasanya bermula dengan 010 atau 0111, atau anda boleh mengekalkan nombor lama anda ke dalam simkad tunetalk ini. Asalkan no lama tersebut didaftarkan menggunakan IC anda. Jadi anda tidak perlu risau utuk kehilangan atau berpisah dengan nombor kesayangan anda. No lama anda itu tidak kira samada line postpaid atau prepaid, boleh dikekalkan. Tetapi jika permohonan itu berjaya dikekalkan, ia sudah menjadi prepaid tunetalk, no sahaja no lama. Tunetalk tiada postpaid/line, 100% prepaid.

1.  Buat port-in semasa anda ingin mengaktifkan simkad Tunetalk – Tone Excel.
Anda boleh terus mengekalkan nombor lama bila ingin mengaktifkan simkad anda.

Taip ad nama_penuh  S/N-8terakhir  No.IC/passport  alamat  poskodTelcoLama  NoLama  idp penaja_anda
dan hantarkan ke 014-705 7769

Contohnya: (Ingat ini contoh sahaja)

ad bunga binti mawar 80161234 730111012345 no.4 jalan lompat 31200  maxis 01212345678 idp196734

2. Buat port ini selepas mengaktifkan kad SIM  Tunetalk-ToneExcel ini.
Proses ini boleh dilakukan bila-bila masa yang anda rasakan sesuai.

Taip pt nama_penuh  S/N-8terakhir  No.IC/passport  alamat  poskodTelcoLama  NoHPLama 
dan hantarkan ke 014-705 7769

Contohnya: (Ingat ini contoh sahaja)

pt bunga binti mawar 80161234 730111012345 no.4 jalan lompat 31200  maxis 01212345678


** Peringatan untuk mengekalkan no lama:
Jika anda ingin mengekalkan no lama, ini ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
  1. Pastikan kredit sudah dihabiskan dahulu, tinggalkan lebih kurang seringgit (RM1) sahaja. Jika tidak bila anda buat port in, semua kredit yang ada pada simkad lama akan hilang.
  2. Save kan dahulu no handphone yang ada pada simkad lama tersbt pada handphone anda, jika tidak selepas port in, semua no phone yang ada pada simkad tersebut akan hilang.
  3. Sekiranya ada menggunakan talian Celcom dan aktif menggunakan online banking seperti Maybank2u, CIMB Clicks, dll, saya cadangkan anda jangan buat port in, kerana setakat ini no port in Celcom masih belum dapat menerima TAC number.
  4. Ada juga yang beritahu saya selepas mereka membuat port in, mereka tidak dapat menerima TAC Number dari ebanking seperti Maybank2u, CIMB click dll. Untuk menyelesaikan perkara ini, saya cadangkan ada pergi ke ATM mechine, tukarkan no phone penerima TAC tersebut kepada no lain, keluarkan ATM kad anda dan masukkan semula ATM kad tersebut dan tukarkan lagi sekali no phone TAC tadi kepada no asal. Ini macam aktiviti reset sahaja, dan dengan cara itu setakat ini saya sendiri boleh menerima TAC tersebut ke dalam no hp port in saya. Teknik ini boleh digunakan untuk semua talian atau telco yang lain kecuali Celcom sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...